Feb 27, 2010

HPA KORSET - BENGKUNG 7 METER

AZ-ZAHRAA CORSET
(Bengkong 7 meter)





Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset:

  • Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
  • Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
  • Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik
  • Sesuai dipakai bila-bila masa
  • Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
  • Menegangkan kembali otot-otot perut
  • Membantu mengawal selera makan

Kaedah penggunaan:

  • Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
  • Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
  • Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
  • Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
  • Cuci bengkung sebelum digunakan
  • Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 55

BARUT BERHERBA




Barut yang mengandungi herba-herba terpilih digunakan untuk tujuan seperti berikut:-

1. Untuk ibu lepas bersalin. Barut ini bertindak untuk mengempiskan dan mengembalikan bentuk badan yang asal.

2. Membantu mengecutkan saluran peranakan dan mengekalkan kewanitaan.

3. Memulihkan tenaga selepas bersalin.


4. Melancarkan perjalanan darah.

5. Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.


**info lain**

Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi. barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.

Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu. Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Feb 26, 2010

SET BERSALIN

SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1




Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.


Set bersalin mengandungi:-

1) Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2) Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3) Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4) Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5) Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

6) Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

7) Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.


Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 85
Sabah & Sarawak: RM 95

Feb 25, 2010

AURA SERI POWER SALT SERIES

PROMOSI GARAM KRISTAL


POWERFULL AURA CLEANSER CYSTAL SALT - D'ENERGIZER

(CODE: GK01)



Kebaikan: Meningkatkan energi, serta membersihkan aura kotor dan tenaga negatif pada tubuh

Sesuai untuk lelaki dan wanita. Kegunaan luaran shj.


Cara Pengambilan:
Ambil ketulan garam dalam bilangan ganjil seperti 3 atau 7 ketul. Rendam ke dalam baldi untuk di buat mandian. dengan niat untuk membersihkan aura. Kemudian bilas dengan air semula.




Anda akan dapat rasakan getaran dan kesegaran semulajadi tubuh...!!

Harga RM50/800gm/paket




POWERFULL BLACK MAGIC CRYSTAL SALT - D'TERMINATOR **Best Selling**
(Code: GK02)


Kebaikan:

Menghalang & menyingkirkan gangguan tenaga asing, saka, santau, sihir.

Sebagai pendiding kediaman/bangunan/kedai


Garam hitam unik dengan kandungan sulfur yang tinggi ini juga sesuai untuk permasalahan kulit dengan mandian/rendaman/lumurkan pada kulit.

Untuk pendiding, ambil beberape ketul ditumbuk dan ditabur mengelilingi rumah kecuali pintu masuk.


Ketulan garam kristal boleh di letak di 4 sudut rumah, pejabat dan kedai untuk menghalang tenaga asing.

Boleh dibuat mandian untuk kes sihir dan gangguan.


Harga : RM 50/800gm/paket



AROMATIC FOOT BATH DETOX SALT - D'REFRESHER
(Code: GK03)


Kebaikan:

Melancarkan darah dan membuang toksin.
Melegakan kaki dan membuang angin dalam badan.


Adunan garam kristal, pati minyak aromaterapi dan herba.

Cara:

Ambil dalam 2 genggam letak dalam besen beserta dengan air panas suam-suam kuku.

Kemudian rendamkan kedua belah kaki ke dalam besen hingga 20 minit.


*Air rendaman tidak boleh di kongsi dengan orang lain.

Harga: RM30/800gm/paket



WHITE BALANCE HEALTHY SALT- D'HARMONISER
(Code: GK04)


Garam Masakan

Terdapat 84 jenis mineral semulajadi yang diperlukan oleh tubuh.

Sesuai untuk masakan.

Juga boleh diambil secubit pagi dan malam untuk meneutralkan asid dan memberi tenaga pada badan.

Sesuai untuk membersihkan toksik & racun dari sayur, daging dan buah-buahan.


Harga: RM20/800gm/Paket





**Rangkaian Produk "Aura Seri Power Salt Series" adalah terdiri daripada garam-garam kristal semulajadi terpilih, tulin, berkualiti tinggi, gred terbaik, suci, selamat, bebas kimia yang telah di proses dan di pertenagakan secara semulajadi.
**Proses pembentukan semulajadi oleh kuasa alam semenjak 250 juta tahun dahulu telah membentuk formasi garam dengan hablur yang sempurna oleh tetumpatan tenaga yang sangat tinggi baik untuk kesihatan dan kecantikan.

**Untuk kesan hebat setiap mandian dan rendaman adalah di syorkan di susuli dengan produk aromaterapi Aura Seri.


**Sekiranya ingin mendapatkan khidmat konsultasi, hubungi atau email kepada saya. Saya akan membantu yang terbaik. ***

AURA GENIUS



Aura Genius adalah satu-satunya formula istimewa yang mampu membangunkan SQ (Spiritual Intelligence) iaitu kecerdasan kerohanian anak anda yang tinggi disamping membina personaliti unggul.

Sebenarnya formula AuraGenius adalah untuk kegunaan semua golongan iaitu kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ianya adalah untuk mencerdaskan minda dan membentuk perkembangan diri yang positif. AuraGenius mempunyai frekuensi tenaga yang sesuai untuk otak dan ianya akan melambatkan proses penuaan.

Sekiranya anda mengambil AuraGenius setiap hari, maka ia akan menstabilkan otak anda kepada tahap yang tinggi.


Antara kebaikan menggunakan AuraGenius:
  • Mengembalikan semangat ingin belajar
  • Membuka minda dan menjernihkan fikiran
  • Membuka ilham dan kreativiti
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencerdaskan daya pemikiran sihat
  • Keupayaan berfikir yang tinggi
  • Menguatkan daya tumpuan
  • Mempunyai minda yang positif yang cemerlang
  • Meningkatkan kuasa imaginasi dan visualisasi
  • Mempunyai daya saing dan jati diri yang tinggi
  • Mempunyai tahap keyakinan dan kepercayaan yang tinggi
  • Meningkatkan kecerdasan kerohanian
  • Membina personaliti yang cemerlang dan unggul

Cara Penggunaan:
Aura genius tidak perlu digunakan untuk rendaman. Aura genius boleh disapu pada wajah.

Bagi kegunaan kanak - kanak yang mempunyai masalah lemah semangat, ia perlulah dipakai dengan cara menggosokkan kepala yang telah dibasahkan sedikit dan melakukan urutan dari bawah lehernya ( bahagian belakang ) urut naik ke atas kepala (ubunnya) berturut - turut sebanyak 3 kali beserta dengan keyakinan dan niat yang positif.

Manakala anak - anak yang terlalu aktif pula harus melakukan cara yang sama cuma, urutan tersebut dilakukan dari atas ubunnya sapu ke bawah hingga ke tengkoknya. Dilakukan sebanyak 3 kali berturut - turut beserta keyakinan dan niat yang positif.


*Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.


Maklumat lain tentang Aura Genius.

Selain dari meningkatkan daya kreativiti ia juga dapat membina daya ketahanan diri yang kental. AuraGenius mempunyai warna-warna yang kelat seprti lotus atau teratai. Konsep penggunaan AuraGenius adaah sama dengan AuraSeri. Adunan minyak pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan 'Lotus Energy' ini khusus bagi merangsang 'Crown Chakra' dibahagian otak mampu membuka minda anak anda semekar teratai lagi harum, memperbaiki daya ingatan, menajamkan daya tumpuan, meningkatkan tahap keyakinan diri dan membina jati diri. AuraGenius yang dipertenagakan lagi dengan butiran tenaga kristal di dalam setiap botol mampu mengerakkan atom di bahagian otak supaya daya kuasa minda anak anda terangsang lalu mencetuskan ilham. Menggunakan otak kiri dan kanan, pengaliran tenaga minda yang lancar serta membuka aliran tenaga cakera yang tersumbat di bahagian crown chakra (kepala) yang menyebabkan anak-anak lemah, tidak bersemangat, lembab, malas berfikir, negatif, degil, tidak berdaya saing serta tidak berkeyakinan.



HARGA: RM88/satu




PROMOSI

Pembelian 2 botol .. harga ISTIMEWA menanti anda....!! Tawaran masa terhad. Tempahlah sekarang...!!!
Hubungi saya untuk harga istimewa masa terhad ini.....!!

Feb 22, 2010

AURA SERI


Aura Seri dapat memberikan kekuatan diri daripada unsur-unsur halus dan negatif. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita percaya kepada sihir, dengan penggunaan Aura Seri ianya dapat menguatkan diri pemakai dari unsur-unsur seperti ini.

Aura Seri juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil yang berlaku dan dapat menghentikan pendarahan kecil dan dapat mengelakkan parut.

Kebaikan Aura Seri
Membantu:

Menaikkan seri wajah
Meningkatkan proses awet muda
Memberikan ketenangan ke tahap alpha
Memelihara kesabaran dan kerohanian diri dalaman
Tampil lebih berkeyakinan dan bekarisma tinggi
Menguatkan daya penarik anda
Menstabilkan emosi, spiritual, mental dan fizikal
Mengubah personaliti dan pemikiran ke arah yang lebih positif
Meredakan stress dan kemurungan
Membantu tidur nyenyak ke tahap Delta
Mengharumkan aura tubuh anda
Perlindungan psikik dan gangguan unsur-unsur asing
•Meningkatkan kecerdasan dan keharmonian diri yang tinggi

Cara Penggunaan:

Aura Seri boleh digunakan dengan pelbagai cara. Ia boleh diamalkan dengan mandian rendaman. Caranya ialah titiskan Aura Seri ke dalam tab mandian sebanyak 7 titik dan anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.

Seterusnya Aura Seri boleh digunakan sebagai bilasan terakhir. Caranya ialah mandi dahulu seperti biasa. Selepas selesai, titikkan aura seri ke dalam baldi berisi air sebanyak 3-5 titik. Biarkan selama 2-3 minit dan anda boleh menggunakan air itu sebagai bilasan terakhir anda. Sekiranya anda mempunyai kolah mandi, titikkan sahaja Aura Seri ke dalam kolah mandian sebanyak 3,5 atau 7 titik. Anda boleh mandi seoerti biasa menggunakan air tersebut.

3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

Cara yang paling mudah ialah sapuan pada wajah.
Sekiranya anda bekerja, ianya boleh dibawa dan anda boleh menyapukan Aura Seri ini kepada wajah anda. Ia secara tidak langsung akan merembeskan aroma kepada anda dan menjadikan hari-hari anda di tempat kerja akan bertambah baik.

Pemakaian sebelum tidur, pastikan muka dicuci dahulu. Semasa muka dan tapak tangan basah, titikkan Aura Seri setitik di tapak tangan. Gosokkan tapak tangan dan sapukan pada wajah.

Setiap kali penggunaan Aura Seri haruslah disertakan dengan niat yang positf.

*Sesuai untuk Lelaki dan wanita.

*Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.


Harga: RM68 Sekotak

Harga ISTIMEWA jika pembelian 2 kotak dan ke atas dalam satu pembelian!!!.. Hubungi saya untuk tempahan ini sekarang..!!!

Feb 15, 2010

POWER BOOKMARK THERAPY


**Bukan penanda buku biasa-biasa**



(Klik besarkan untuk maklumat)



Buat yang pertama kalinya terciptanya sekeping penanda buku yang mempunyai fungsi yg menakjubkan kepada diri anda.

Telah dicipta serta diprodukkan oleh 'Secret Design'. Yang di asaskan oleh seorang anak muda tempatan. percaya tak... ini BUATAN MALAYSIA..... .. kan... Malaysia Boleh.....!!!


Ia direka khas bagi semua golongan tanpa mengira had umur. Penanda buku ini di formula berasaskan tenaga di mana tenaga alam semesta diprogramkan di dalam penanda buku ini.

Yang menariknya adalah tenaganya hanya berfungsi apabila pemilik me

nulis namanya di belakang penanda buku..!.

Antara fungsi menakjubkan penanda buku ini selain 'penanda buku bacaan anda' adalah:

* Merehatkan minda apabila melihat foto pada penanda buku.

* Meningkatkan tenaga neurologi anda semasa menyentuh penanda buku.

* Dapat tambahkan gelombang energi positif pada air minuman anda apabila diletakkan pada ruang yg disediakan pada penanda buku tersebut.


* Memberi isyarat positif pada minda anda apabila selalu membaca kata-kata saranan di penanda buku tersebut.


(Sila klik besarkan gambar untuk membaca TESTIMONI)



Jadi, apa tunggu lagi dengan hanya HANYA RM16 sekeping... Anda mampu milikinya. Harga yg memang berbaloi-baloi.....

Tempahlah sekarang.. RM16 SAHAJA ..

Untuk Tempahan, pembayaran dan penghantaran sila hubungi saya dengan menghantar email kepada mysiti6@yahoo.com


SILA ISI BORANG DI BAWAH UNTUK SEBARANG TEMPAHAN

ORDER FORM

FULL NAME:
CONTACT NO:
Email Address:
MAILING ADDRESS:
ITEM CODE:
PAYMENT METHOD: Maybank - cash deposit
Maybank - Online
CIMB Bank - cash deposit
CIMB Bank - Online
PAYMENT DATE:
PAYMENT TIME:
TOTAL PAYMENT:

Tempahan hanya sah untuk tempoh 6 hari sahaja. Pembayaran boleh di lakukan dalam tempoh 6 hari ini. Sekiranya tiada pembayaran dan pengesahan di terima. Tempahan akan terbatal dan anda di minta mengisi semula atau hubungi saya untuk tempahan baru. Kerjasama anda amat di hargai